Sulit
4 tahun
Period tidak datang selepas vaksin
Saya wanita berumur 20 an … Dan saya baru saja menerima Dua dos vaksin Pfizer pada 1 /08/2021 Dan 22/08/2021… haid saya tidak datang setelah itu… Adakah ini kesan sampingan Dari vaksin tersebut… saya ada membuat ujian kehamilan tetapi negative
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, kajian semasa tidak menunjukkan sebarang hubung kait antara vaksin Covid-19 dan kitaran haid. Oleh itu, masalah anda mungkin boleh disebabkan oleh perkara lain dan bukannya kesan sampingan vaksin.
Antara punca-punca masalah anda ialah :
- Stress
- Masalah berat badan
- Penggunaan ubat perancang
- Masalah tiroid
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- PCOS
Ada juga kemungkinan untuk ujian UPT menunjukkan keputusan negatif sekiranya ia dilakukan terlalu awal dalam kehamilan. Sekiranya perkara ini berlanjutan, sila rujuk kepada doktor untuk mengetahui punca haid lewat anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

























