
Sulit
5 tahun
Period tidak hadir dalam masa sebulan
hello, i nk tanya berkenaan my period, my period lewat datang dah sebulan, then i dah byk kali check guna pregnancy test it show negetive, adakah i pregnant then before this i pernah makan ubat postinor, 5biji dalam sebulan. adakah effect for my period?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Berdasarkan penerangan anda, ubat postinor memang boleh mengganggu kitaran haid anda, terutamanya apabila dimakan secara berlebihan. Anda cuma digalakkan untuk mengambil pil perancang kecemasan sebanyak 2 biji sebulan. Oleh kerana anda telah mengambil ujian kehamilan, kemungkinan untuk anda hamil adalah rendah. Selain itu, terdapat punca haid lewat yang lain seperti:
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancang, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.