
syiepahfyza1
5 tahun
Period tidak keluar hari pertama
Saya wanita umur 36 tahun.,saya mengalami period tak keluar pada hari pertama period hanya keluar coklat2 sahaja… Hari ketiga atau keempat keluar darah… Adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, darah coklat yang keluar semasa haid biasanya adalah normal. Darah ini coklat disebabkan oleh beberapa hal, antaranya:
- darah lama
- ovulasi
- pil perancang
- jangkitan yis
- jangkitan bacterial vaginosis
- sexual transmitted disease (STD)
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih