
Sulit
4 tahun
Period tidak keluar selama 2 bulan
Sya wanita umur 26 tahun telah pernah mengambil ubat perangcang…pada waktu itu saya 19.08.2020 akan temu janji perangcang keluarga utk lanjut 3 bulan lgi…tpi sya x lanjut dan x lagi amalkan perancang keluarga tersebut kerana saya ingin hamil…tetapi selama sya x mngamalkan perancang tersebut sya berharap akan mengandung darah sya sudah genap 2 bulan tidak keluar.smpi sya beli pregnant test sya cek hasilnya negatif sehinggalah sekarang…sya mohon berikn sya jawapan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami. Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu tidak datang haid:
- Ketidakseimbangan hormon
- Jadual atau aktiviti harian yang terlalu aktif dan padat
- Berat; Berat badan yang berlebihan dapat mengganggu kitaran haid
- Sindrom polisistik ovari (polycystic ovarian syndrome/ PCOS)
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Penggunaan perancangan keluarga sama ada suntikan ataupun pil perancang
Anda masih risau tentang haid tidak datang haid? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor kerana perkara ini memerlukan perhatian dan seterusnya anda boleh berbincang dengan doktor mengenai perancangan keluarga anda supaya bantuan dan kaunseling dapat diberikan.
Ini hanyalah keterangan kami secara am dan sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.