
Sulit
4 tahun
Period tidak keluar sepenuhnya
Hai doc
Sy wanita usia 34.Sejak 2 minggu ini,sy alami pendarahan seperti darah period tetapi yg merunsingkan sy darah tak keluar seperti kebiasaannya.Tiap kali sy kencing baru akan keluar darahnya,itupun sedikit saja,tapi bila sy korek dgn jari banyak pula darahnya,warna mmg seakan darah period.Adakah ianya normal doc ??
Apa cara terbaik utk lancarkan pengeluaran darah ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah pendarahan dari faraj.
Sebelum saya menyimpulkan keadaan anda, saya serlu tahu adakah darah yang keluar ini mengikut kitaran haid anda ataupun tida. Sekiranya darah ini tidak mengikut kitaran haid, ia dipanggil sebagai haid tidak teratur dan ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah kencing sakit.
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Disini juga saya kongsikan bebrapa tips supaya pengeluaran darah tersebut lebih lancar:
- Meletakkan pad suam pada bahagian bawah abdomen
- Mandi air suam
- Meletakkan botol mengandungi air suam di bawah abdomen
- Mengurut abdomen secara lembut
- Melakukan aktiviti riadah ringan seperti yoga dan berjalan
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya pendarahan yang anda alami berterusan, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi rawatan susulan. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.