Sulit
4 tahun
Period tidak lancar seperti biasa .. lewat selama 14 hari …
Saya berumur 24 tahun… untuk masalah sya ada datang bulan(period) yang lewat selama 13 hari… jadinya sya ingin bertanya apakah tindakan sepatutnya sya perlu lakukan. Buat masa sekarang saya dalam keadaan berdiet, adakah itu punca period sya jadi lewat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah berkaitan kitaran haid anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah haid yang lewat. Saya akan cuba memberikan maklumat berkaitan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah haid yang lewat. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan yang terlalu rendah
- Policystic ovary syndrome
- Fibroid dalam rahim
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Gangguan hormon
- Kehamilan
Untuk pengetahuan anda, kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga hari pertama haid seterusnya. Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran haid boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita yang berdewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda.
Saya harap jawapan diatas memuaskan dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau doktor pakar sakit puan kami, anda boleh berhubung dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

























