Anonymous
6 tahun
Period tidak normal dan teratur
Sy berumur 29 tahun dan sudah berkahwin selama setahun setengah. Saya mengalami masalah haid tidak teratur sejak dari awl baligh. Saya merancang untuk mengandung tapi sukar di sebabkan masalah haid saya yang tidak teratur
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami masalah yang anda hadapi dan sememangnya sukar untuk merancang kehamilan disebabkan oleh masalah haid yang tidak teratur. Untuk makluman pihak anda, antara punca haid tidak teratur adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dan menyelesaikan masalah haid tidak teratur anda bagi memudahkan anda untuk merancang kehamilan selepas ini. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



























