
Sulit
3 tahun
Period tidak teratur atas sebab pil perancang
hi,
saya difahamkan bahawa “Para wanita yang menggunakan kaedah ini(Pil perancag Regulon) akan berhenti haid 6 hingga 12 bulan selepas penggunaan dan akan mengambil masa 6 hingga 18 bulan untuk kitaran haid kembali normal.” di pertanyaan saya yang sebelumnya. Persoalannya adakah jika saya melakukan hubungan bersama suami akan menyebabkan mengandung atau sebaliknya ? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman puan, memang betul gangguan kitaran haid merupakan salah satu kesan sampingan suntikan perancang kehamilan. Para wanita yang menggunakan kaedah ini akan berhenti haid 6 hingga 12 bulan selepas penggunaan dan akan mengambil masa 6 hingga 18 bulan untuk kitaran haid kembali normal.
Selain itu, rata-rata wanita yang mendapat suntikan perancang mula subur 10 bulan setelah suntikan terakhir. Menurut kajian yang dilakukan oleh pengeluar ubat, terdapat wanita yang mula subur seawal 4 bulan setelah suntikan terakhir, malah ada yang sehingga 31 bulan setelah suntikan terakhir.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.