Anonymous
6 tahun
Period tidak teratur (belum berkahwin)
Saya ada masalah period tidak teratur. Sekarang ni dah lebih 6 bulan. Btw, saya merupakan pesakit thyroid (grave disease) - baru dapat tahu pada Sept 2018. Saya ada inform doktor berkaitan period tidak teratur sekitar Oct-Nov 2018 & doktor ada berikan ubat. Selepas 2 minggu saya makan ubat, period masih belum datang & saya buat keputusan untuk berhenti makan ubat. & selepas beberapa hari, saya period. Period yang sangat banyak memerlukan saya tukar pad lebih kurang 4-5 kali sehari tetapi tidak melebih 15 hari berbanding sebelum ini (sebelum disahkan thyroid, period tidak menentu dan apabila period datang, akan melebihi 15-20 hari).
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, gejala haid berpanjangan yang anda hadapi sebelum ini boleh disebabkan oleh:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Penggunaan alat IUD
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Ubat yang diberikan doktor anda mungkin sejenis pil perancang yang berfungsi mengawal kitaran haid kepada normal dari segi bilangan hari serta jumlah pendarahan. Oleh sebab itu, apabila anda berhenti mengambilnya, anda mula didatangi darah haid kembali. Anda dinasihatkan untuk mengambil ubat yang diberikan doktor anda mengikut waktunya. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta tidak selesai selepas anda menyambung semula pengambilan ubat-ubatan anda, anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mengenalpasti punca masalah ini. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























