
Sulit
5 tahun
Period tidak teratur dan ada cairan coklat
Hi,
Saya punya kitaran period tak teratur. 22/3 saya period mcm biasa, darah normal dari banyak ke sikit 7-9hari. 11/4 period saya dah datang semula sikit2, ada hari keluar cairan merah ada hari berwarna coklat dan sgt sikit , berlarutan sampai ke tarikh 22/4 barulah darah banyak. Bermula 22/4 smpai 28/4 (darah normal dari byk ke sikit) then baru 10 hari berpuasa harini 9/5 keluar semula cairan coklat. Saya nak tanya adakah itu normal atau sebaliknya ? Bilangan hari Saya tiada period sgt terlalu pendek.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hi, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya berpendapat hal ini adalah tidak normal dan anda mengalami masalah spotting (keluar pendarahan yang sedikit) Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pendarahan implantasi kehamilan
Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Perimenopaus
Tisu endometrium
Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar rawatan yang sesuai boleh diberikan dan kaunseling tentang perancangan anda untuk hamil dapat diberi.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.