Sulit
3 tahun
Period tidak teratur dan jarak period adalah dekat
Hi saya wanita berumur 21 tahun dan saya mengalami masalah period yang tidak teratur. Pada bulan june 2020 saya dah period pada 13.6 tapi pada 30.6 saya period lagi sekali. Normal ke macam tu or ada sebab sebab yang lain ya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kitaran haid yang normal adalah 21-35 hari dengan tempoh datang haid normal adalah 2-7 hari. Oleh itu, kitaran haid anda adalah tidak normal dan terdapat pelbagai sebab yang boleh menyebabkannya. Antaranya:
Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.