
Sulit
4 tahun
Period tidak teratur dan lama tidak haid
Saya berumur 25 tahun dan baru berkahwin pd jan 2020 … sejak bkhwin haid sy bhnti … doktor sahkn sy terkena pcos n disuruh utk kurangkan berat badan … tp mcm2 cara sy sda buat utk kurangkan berat badan …Semuanya gagal … adaka cara penyelesaian utk sy?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid tidak teratur. Untuk makluman anda, selain PCOS, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah perubatan - masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Bagi masalah berat badan pula, antara langkah yang boleh anda lakukan untuk mengurangi berat badan anda adalah dengan kawalan pemakanan, senaman, ubat-ubatan dan pembedahan. Namun bagi rawatan yang menggunakan ubat-ubatan dan berkenaan pembedahan, ianya perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu setelah pemeriksaan yang dijalankan secara sempurna.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih