
Anonymous
5 tahun
Period tidak teratur dan period tetapi UPT positif
Saya seorang wanita berumur 26tahun. Saya mengalami period tidak teratur dari bujang sampai sudah berkahwin. Paling lambat period saya datang adalah 2 bulan. Ikut pada kiraan saya sekarang, period saya sudah 3 bulan tidak datang. Last period 24.04.19. Apabila saya cuba UPT test ialah positif dan doctor sahkan saya mengandung, cuma kandungan baru bila scan kantung kecik lagi tetapi yang peliknya kenapa seminggu lepas saya UPT tu, tiba2 ada keluar lendir coklat yang pekat dan darah seakan color pink? Sekarang saya masih keliru dengan status ni. Semoga doktor boleh selesaikan masalah saya ini. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, tompokan darah tersebut berkemungkinan besar disebabkan oleh implantasi janin. Anda tidak perlu bimbang. Jika anda telah diperiksa dan disahkan hamil, maka anda boleh bertenang. Jika terdapat gejala lain atau pendarahan keluar lagi, maka anda perlu bergegas ke klinik.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.