
Sulit
4 tahun
Period tidak teratur dan rasaperanakan jatuh masa haid
sy berumur 21thun…haid sy sebulan 5 ke 7 hari…sy nk tanya kenapa hari pertama dan kedua kluar haid…hari ketiga tak keluar…hari keempat kluar haid balik…maksudnye haid sy selang hari…adakah masalah rahim??lepas tu sy mencingkung nk buang air kecik besar mesty akan rasa peranakan jatuh masa hari pertama period…kenapa yaaa???

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini. Untuk pengetahuan anda, haid yang tidak teratur boleh juga disebabkan beberapa perkara seperti:
- Pil perancang kehamilan
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Apakah normal atau tidak gejala yang anda alami adalah sangat subjektif dan bervariasi mengikut individu. Yang jelas, sekiranya anda berasa tidak selesa, saya sarankan anda untuk berhubung terus dengan doktor yang lebih pakar dalam bidang sakit puan. Dimana pemeriksaan yang lebih komprehensif boleh dilakukan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!