
Sulit
4 tahun
Period tidak teratur dan sedang ttc..mengalami mslh period dtg 2x dalam sebulan.pernah buat scan dan tvs di klinik swasta
Sy wanita berumur 20an sudah setahun berkahwin dan sedang ttc.sbln slps berkahwin period sy hanya dtg sekali pd bln jan.kemudian sy tdak period sehingga bulan 6.selama tmpoh x period sy cek upt -ve dan scan tidak pregnant…pd bln 7 period sy dtg semula…ttp bln 8 dan 9 sy x period…cek upt masih -ve…pd bln 10 sy ikhtiar mengurut dan period sy keluar mcm biasa sehingga bln 11.selama 2 cycle period tersebut,darah haid sy akan keluar 5 hr,7 hr bersih dan keluar semula darah selama 3 -4 hr…last sy keluar drh 27 nov -4 dec,ttp pd 14 dec keluar darah lg selama 3 hari.mohon pandangan doc mengenai masalah sy.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah haid tidak teratur yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah kencing sakit.
- Kehamilan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Anda juga boleh mendapatkan info lanjut tentang cara cepat untuk hamil dengan klik di sini.
Walaubagaimanapun, jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!