
Sulit
4 tahun
Period tidak teratur dan sedikit sejak beberapa bulan yang lalu
Assalamualaikum doctor, saya berumur 20 tahun dan belum berkahwin. Saya datang haid pada umur 12 tahun. sejak 2 bulan lepas period saya mula tidak teratur lewat 3 ke 4 minggu pernah sekali 2 bulan sekali datang haid. Kali ni bila datang haid sedikit dan berwarna coklat tak seperti selalu. Selalunya saya akan mengalami period pain yang teruk dan darah period yang banyak normal seperti sebelum sebelumnya. Saya rasa ianya punca minuman tambahan yang saya baru amalkan tapi saya dah berhenti sekitar 1 bulan yang lalu kerana rasa minuman tersebut punca haid saya tidak teratur. Apa saya perlu buat ye doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!