Sulit

2 tahun

Period tidak teratur disebabkan stress/anxiety

Saya wanita 21 tahun. Period saya tak teratur. Baru baru ni saya sakit bawah perut seperti senggugut tetapi tak period. Saya pergi jumpa dengan doctor dan scan ultrasound didapati rahim dan ovari saya normal tak ada pcos dan lain lain. jadi doctor itu bagi ubat hormon dan tahan sakit. Sekarang saya masih sakit bahagian bawah perut. Dan saya jugak didiagnose mempunyai anxiety disoder yg masih dalam pemantauan doctor. adakah masalah ni disebabkan hormon saya yang tidak stabil sebab stress/anxiety saya atau lain lain sebab? boleh tolong jelaskan? Terima kasih.

Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.

Berdasarkan keterangan anda, kami memahami anda mengalami haid tidak teratur dan sakit pada bahagian bawah perut seperti senggugut dan telahpun mendapatkan rawatan daripada doktor. Namun, anda masih mempunyai gejala sakit perut. Anda juga menghidapi masalah keresahan (anxiety disorder) dan sedang mengambil rawatan.

Masalah keresahan atau gangguan tekanan yang tidak terkawal boleh memberi kesan kepada kesihatan fizikal seperti yang anda alami. Namun, sakit pada bahagian bawah perut boleh juga berpunca daripada masalah pada pundi air kencing, saluran air kencing, usus besar atau sistem reproduktif. Antaranya :

  • Jangkitan kuman pada pundi air kencing
  • Masalah kencing kotor
  • Masalah batu karang
  • Radang usus
  • Radang pelvis (Pelvic Inflammatory Disorder)
  • Jangkitan kuman pada sistem reproduktif

Memandangkan gejala sakit perut anda tidak pulih selepas pengambilan ubat, kami menyarankan anda untuk kembali rujuk kepada doktor supaya ujian tambahan dapat dijalankan untuk mengenal pasti punca masalah anda.

Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

linkedin-sales-solutions-Mis5fyJi7Q0-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)