Sulit
6 tahun
Period tidak teratur keluar sikit2 dan datang terlalu lama
Saya wanita dh kahwin sblum nie okk jer period sya… Lpas kahwin dlm tempoh 8 bln nie… Asyk datang tak teratur. Klu datang pun… Sampai 2 hngga 3 mnggu… Sya risau tkut berlaku apa2 jerr… Sya ad mkn ubat utk lawas period… Masa sya mkn tu 2 hari okk… Lpas tu sya try tnggl ubat tu… Dy datang blikk… Blh x bntu sya… Sya dhh xthu nak buat apa
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak teratur ini boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Kesan mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























