
Sulit
4 tahun
Period tidak teratur lepas 2 bulan kahwin dan darah coklat masih keluar walaupun dah habis period
Hi doktor,
Saya baru masuk 3 bulan berkahwin. Sebelum berkahwin haid sy mmg teratur dlm 24-28 hari. 1 bulan pertama lps kahwin haid masih teratur. Tapi bulan lepas period sy lambat 33 hari. Lepas tu haid dtg mcm biasa sampai hari ke-7. Lps habis haid, ada darah coklat mcm spotting dtg selang sehari tp kuantiti sgt sikit. Then another week, darah coklat masih lg keluar sepanjang minggu kedua tp bukan sepanjang waktu. Cth, kdg awl pg ade darah coklat pastu berhenti. Keesokan hari, petang darah coklat ada semula. Sy confius. Lps tu dlm 5-6 hari da stop darah coklat. Dan skrg darah coklat ada semula. Smpai otw ke haid sy utk this month. Dan this month sy da lewat haid 3 hari tp pd wktu yg sama darah coklat masih keluar. Kdg bnyk ldg sikit. Sy da pi klinik wat scan checkup, doktor kata myb masalah hormon terganggu. Jd sy nak kepastian lg adakah masih normal darah coklat keep keluar sampai nak masok haid seterusnya. Kalau sy nak buat temujanji di KK, bahagian mana sy patut buat temujanji. Bhgn ibu dan anak atau pesakit luar. Bole sy dpt kepastian knp darah coklat masih lg keluar wpon da habis haid. Dan keep kluar smpai nk msok haid seterusnya.
Harap doktor dpt membantu. Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak puan. Walaubagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur. Punca utama ialah:
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
- Penggunaan ubat tertentu
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Jangkitan saluran kencing
- Gangguan stress
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Penyusuan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda juga perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Saya sarankan anda untuk membuat temu janji di bahagian pakar sakit puan atau ibu dan anak.
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!