
Sulit
3 tahun
Period tidak teratur & Lewat period
Saya umur 23. Selepas bersama akhir bulan April smpai skrg saya masih belum period. Harini masuk hari ke 10. Simptom yg ada pedih di perut seolah2 mcm period, Keputihan ada juga tapi x setiap masa.Adakah ia menjadi masalah kpd tanda2 pregnant? Tetapi dia tiada ejaculation sewaktu sblm,semasa,selepas & unprotected.
Saya ingin tahu juga adakah ia ada kaitan dengan slpas ambil vaksin pada 17/5?
Harap dapat membantu saya dalam kekeliruan ini

3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat.
Untuk makluman anda, selain daripada kehamilan, haid lewat boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!