
Sulit
3 tahun
Period tidak teratur setelah beberapa bulan, jerawat di muka naik dengan banyak, dan mempunyai masalah keputihan yang banyak
Saya berumur 19 tahun, single, tinggi 165 berat 78kg. Sejak daripada zaman sekolah, period saya tidak teratur. selalunya 2 atau tiga bulan. Tapi bila form 4 sampai form 5, period saya tak teratur. saya assume mungkin stress sebab spm. kadang kadang 3 atau empat bulan. Namun lepas zaman sekolah, period saya makin tidak teratur. dan saya juga ada depression. kali ini hampir 7 bulan saya tidak datang period. saya ada penyakit ke doktor? risau saya bila orang sekeliling kata untuk saya dapat anak akan jadi tipis sebab period tidak teratur

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kerisauan anda yang mengalami haid tidak teratur dan akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, haid tidak teratur biasanya berlaku apabila terdapat pencelaruan hormon. Hal ini boleh berlaku disebabkan beberapa faktor.
Antaranya :
- Stres
- Berat badan yang tinggi
- Penggunaan ubat perancang atau ubat hormon lain
- Masalah tiroid
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Kami memahami kerisauan anda mengenai zuriat. Oleh itu, saranan kami bagi anda adalah untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk siasatan lebih lanjut.
Anda juga boleh menghubungi kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, harap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar sakit puan.