
Sulit
4 tahun
Period tidak teratur. (Tidak datang dalam tempoh yang lama dan datang dalam tempoh yang lama)
Hi, Saya wanita 20 an. Saya mempunyai masalah period tidak teratur. Dari saya berumur 18 tahun period saya tidak teratur. Kadang kali 6 bulan tidak datang dan bila datang dia terlalu lama. Saya ada pergi ke klinik tapi hanya dikatakan hormon tidak stabil. Tapi skrg umur saya sudah 22 tahun ia agak merisaukan. Saya sudah lama tidak datang dan 21/3/2021 saya datang sampai la ke harini darah masih belum berhenti.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah haid tidak teratur yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan beberapa perkara, secara amnya, seperti:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan menyeluruh adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!