
Sulit
5 tahun
Period tidak teratur., tidak period hampir 4 bulan
Saya berumur 27 tahun…berkahwin hampir 2tahun.,saya antara penghidap pcos., pernah mendapat rawatan kesuburan di hospital swasta tapi tiada hasil…sekarang period saya kembali tak normal.,sudah 4bulan tidak datang period., tapi tidak mengandung., saya buntu

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah haid tidak tiba ini boleh disebabkan masalah PCOS yang anda alami ataupun faktor-faktor lain seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Kesan pengambilan pil perancang kehamilan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.