Sulit
5 tahun
Period time nak cucuk depo
Hai Dr. Saya nak bertanya. Lusa adalah tarikh saya untuk cucuk depo kali kedua. Bolehkan saya dicucuk ketika saya period. Saya telah period hampir 25hari termasuk hari ini. Dr. Juga menyuruh saya melakukan pap smear ketika saya dicucuk depo nanti. Boleh ke saya dicucuk dalam keadaan saya period. Dua itu sahaja soalan saya. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Untuk makluman pihak anda, suntikan perancang Depo-Provera® boleh memberikan kesan sampingan berupa:
- Haid tidak teratur - tempoh haid yang lebih lama atau lebih pendek, haid yang lebih berat atau lebih ringan
- Kehilangan haid (semakin lama anda mendapat suntikan Depo-Provera®, semakin besar kemungkinan untuk anda tidak akan mempunyai haid sama sekali)
- Berat badan (wanita mendapat kira-kira 5 paun setiap tahun untuk 3 tahun pertama). Tetapi anda boleh membantu mengekalkan berat badan anda dengan memakan makanan yang sihat dan senaman yang kerap.
- Sakit kepala
- Pening
- Perubahan mood, kemurungan
- Kembung
- Kesakitan / ketidakselesaan perut
Untuk makluman anda, Suntikan ini boleh diambil sewaktu datang haid tanpa mengira waktu. Ia tidak boleh diambil sewaktu hamil.
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































