
Anonymous
5 tahun
Period warna coklat
Saya umur 25 tapi, period Saya dari Hari pertama sampai Hari ke tujuh semuanya coklat saja tapi makin hari makin sikit…Tak keluar langsung merah… adakah period Saya normal? Saya risau Saya ada penyakit… terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami akan kebimbangan anda terhadap masalah kesihatan yang dialami oleh anda.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan haid coklat. Antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.