Sulit
4 tahun
Period xdatang sebulan, sebelum ni xpernah pun
Period xdatang sebulan, sebelum ni xpernah pun, adakn sbb mke ubt Herba ia datang lewat, sebelum ni ok je mke ubt Herba pun
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda berkenaan haid yang tidak datang selama sebulan secara tiba-tiba.
Untuk pengetahuan anda gejala haid yang terlambat ini boleh disebabkan oleh:
- Gangguan stress
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penyusuan atau kehamilan
- Kesan dari kontraseptif hormon: Pil/Suntikan kontraseptif atau IUCD
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Kesan dari penggunaan ubat atau suplemen tertentu
- Penyakit sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Masalah tiroid atau gangauan kadar hormon yang lain
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

























