Sulit

4 tahun

Period yang berpanjangan melebihi 20hari

Saya wanita berusia 18tahun. Sebelum ini saya mempunyai period yang teratur. Pada period kali ini , period saya lame sehingga 20hari. Adakah itu hal yang normal untuk wanita yang berumur seperti saya ?

Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.

Kami memahami kerisauan anda terhadap masalah yang anda alami. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian, antaranya:

  • Umur: Kitaran haid berubah-ubah mengikut umur terutama semasa waktu remaja dan semasa menghampiri menopaus
  • Struktur rahim yang tidak normal kerana terdapat polip dan fibroid
  • Kanser dinding rahim dan pintu rahim
  • Sindrom polisistik ovari atau Polycystic ovary syndrome/PCOS
  • Pelvic inflammatory diseases atau radang pada organ pelvis
  • Ketidakseimbangan hormon di dalam badan
  • Tekanan ataupun stress, jadual kerja yang padat juga dapat mengubah kitaran haid seseorang

Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.

Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui sama ada kondisi yang dialami oleh anda adalah normal ataupun tidak kerana pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan yang sesuai boleh diberikan.

Buat masa ini anda boleh merekodkan kitaran haid anda setiap bulan dan melihat bentuk kitaran anda pada masa akan datang sama ada keadaan haid berpanjangan anda berlarutan ataupun tidak.

Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala berikut:

  • Lemah atau kelesuan badan
  • Berdebar
  • Pitam atau hampir pitam
  • Pening kepala
  • Sakit dada
  • Haid masih berpanjangan
  • Aktiviti harian anda terganggu

Jika anda masih mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan konsultasi bersama doktor kami di atas talian. Terima kasih.

AdobeStock_127296206

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)