
Sulit
4 tahun
Period yang berpanjangan selama 2 bulan tiada henti
saya intan berumur 18 dan saya mempunyai anak . saya period selama dua bulan , dalam masa sebulan ada berhenti sehari selepas itu datang period balik. kalau macam tu boleh solat balik ke.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat tengahari. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan dan kerisauan yang anda hadapi mengenai masalah haid berpanjangan. Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ini. Antaranya ialah :
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Aliran haid yang banyak adalah masalah yang perlu dirawat kerana komplikasi yang boleh berlaku sekiranya kehilangan darah berlebihan. Contoh-contoh komplikasi termasuk anemia (kekurangan darah merah) dan masalah jantung dalam jangka masa panjang jika tidak dirawat. Rawatan bagi pendarahan berat adalah bergantung kepada punca pendarahan tersebut.
Bagi mengetahui punca gejala yang anda alami , anda amat disarankan unutk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.