
Anonymous
6 tahun
Period yang berpanjangan & tidak teratur
Saya wanita berusia 33tahun dan dah berkahwin selama 5thun, belom dikurniakan anak… Dah sebulan period sy datang. Berhenti 2hari dan akan datang balik selepas itu, begitu laa yang terjadi selama sebulan nie… Simptom apakah masalah saya ini??

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak puan, terdapat banyak penyebab masalah haid tidak teratur yang mungkin menyebabkan anda mengalami masalah ini. Antara penyebab masalah kitaran haid tidak teratur adalah:
- keletihan
- tekanan emosi
- aktiviti harian yang sibuk atau aktiviti fizikal yang berat
- masalah berat badan
- masalah tiroid atau pituitari
- masalah ovari, rahim atau serviks
- haid lewat akibat kehamilan
Namun begitu, kitaran haid normal bagi wanita boleh jadi antara 21-35 hari. Anda boleh mendapatkan nasihat lanjut agar punca masalah haid anda dapat diketahui.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.