Anonymous
6 tahun
Period yang berpanjangan
saya wanita berumur 27 tahun sudah berkahwin tahun lepas. sy ada soalan untuk doktor. Sy selalu alami haid panjang yg sgt panjang. Bila dtg haid sy akan rasa sakit sgt dkt perut sblh kanan. Kaki dgn badan pun sama2. setiap kali dtg haid jug sy akan pergi klinik mkn ubat berhenti darah. Apa yg peru sy buat ya doktor?blm kahwin dh kawin pun Jadi lg pyakit ni. Waktu umur 15 sy dh admit ward utk cari apa sbb. tp doktor ckp tiada apa2 yg bahaya. sekadar hormon. dAn yg terbaru ni ubat perancang ni pun tak bolehstop drh
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini antaranya ialah:
• Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
• Tekanan emosi
• Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
• Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
• Mengambil pil perancang kehamilan
• Masalah polycystic ovarian syndrome
• Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
































