
Sulit
4 tahun
Period yang Pendek daripada kebiasaan
Saya wanita 25 dan telah berkahwin. Sebelum ini, saya biasanya datang period 13-15 hari. Tapi kali ini hanya datang 7hari dan tak heavy flow macam sebelum ni. Setahu saya kalau spotting takde red blood tapi saya punya ada red blood yang pekat. Saya juga mengalami kembung perut dan sembelit akhir-akhir ini walaupun dah banyak makan sayur dan buah. Ini menyebabkan saya sukar untuk tidur malam. Saya dah test UPT pada hari ke 11 selepas conception dan hari ke 15, tapi hanya ada evap line.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, haid yang tidak teratur boleh juga disebabkan beberapa perkara seperti:
- Pil perancang kehamilan
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus (untuk wanita berusia)
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!