
Anonymous
5 tahun
Period yang perpanjangan
Saya berumur 25 thun n berat dlm 100kg… Skrg sy mengalami period yg panjang… Last period abis 27/5…dan dtg blik pda 2/6 smpai skrg 15/6 masih ad… Dia xbnyak sngt tp lma… Seblum ni period lncar…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS, tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Namun begitu, pengambilan pil perancang juga boleh menyebabkan gejala yang anda alami. Perubahan terhadap kitaran haid (haid tidak teratur, kerap mempunyai haid) adalah kesan sampingan pengambilan pil perancang. Sekiranya anda mendapati masalah ini berterusan/ mempunyai symptom seperti sesak nafas,pening,rasa letih,sakit perut yang teramat sila jumpa seorang doctor.
Berkenaan dengan ketulan berwarna merah gelap/hitam, ia adalah darah yang telah beku. Kadang kala darah haid tidak boleh keluar dari rahim kerana serviks atau faraj anda tertutup. Oleh itu, ia menjadi bekuan darah dalam rahim dan hanya jatuh keluar apabila serviks dan faraj anda terbuka.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian.Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.