
Sulit
4 tahun
Period yang terlampau banyak
Saya wanita lewat 20an, pada 16/4 saya ada berjumpa doktor atas sebab darah istihadah yang terlampau banyak turun secara tiba2… Saya ada buat ujian air kencing di klinik saya tidak mengandung. Doktor ada bagi ubat stabil hormon dan berhenti darah saya makan selama 4 hari darah saya berhenti. Pada 24/4 time period saya, hari pertama period dan hari kedua ok shj, masuk hati ketiga sehingga sekarang 30/4 darah non stop saya terpaksa menyalin pad 2-3 jam sekali. Pada mada yang sama saya sakit perut kedua2 belah tetapi banyak kesakitan sebelah kanan. Boleh doktor penjelasan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang terlampau banyak atau haid berlebihan. Untuk makluman anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Perdarahan disfungsional, atau dysfunctional uterine bleeding
- Masalah kelenjar tiroid terutamanya kekurangan hormon tiroid atau hypothyroidism.
- Fibroid uterus. Fibroid merupakan ketumbuhan yang berlaku di dalam dinding rahim
- Endometriosis, tisu-tisu rahim terletak di luar rahimmenyebabkan pendarahan yang berat dan menyakitkan
- Polip juga merupakan sejenis ketumbuhan pada rahim
- Sindrom polisistik ovari
- PID (Pelvic inflammatory disease), Jangkitan kelamin boleh membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai penyakit radang pelvik atau Pelvic Inflammatory Disease (PID) boleh menyebabkan gejala seperti sakit perut dan menorrhagia.
- Kanser serviks atau kanser rahim
Kesan pendarahan haid yang berlebihan ini boleh menyebabkan kekurangan darah merah (anemia) dan menyebabkan gejala-gejala seperti pening, rasa penat, kekurangan tenaga, degupan jantung yang laju, pernafasan yang lebih cepat dan kepucatan. Jika anda mengalami gejala tersebut, sila berjumpa dengan doktor dengan kadar yang segera.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih