
mawarkemboja
5 tahun
Period yg banyak berketul2
Sy berusia 35 thn.Dah berumahtangga selama 6tahun,belum dikurniakan zuriat.sebelum kawin period Saya teratur,selepas kawen jadi masalah…kejap dtg,kejap awal,kejap 2 bln sekali,pastu pernah jadi senggugut yg teruk…bleeding yg bnyk …kena injection 2 x Kat kecemasan…dpt ubat kurangkan darah kluar…terus stop sampai 6 bulan x kluar,follow up pakar,scan x Dak masalah fibroid ka.cist.ka…rahim ok…ni cerita Sekitar 6 Thun…Dan harini terjadi bleeding lagi…Dari pukul 5am sampai sekarang 9am dah nak masuk pad ke4…tapi sakit x sgt…apa yg perlu Saya buat…Saya mcm putus asa dah …p hospital pun duk berulang benda yg sama…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
- Saya memahami keadaan puan. Namun untuk keadaan seperti ini saya memerlukan rekod kesihatan puan yang lengkap sebelum kesimpulan dibuat. Saya sarankan untuk puan ke hospital yang merawat puan untuk pemeriksaan yang lebih terperinci kerana hanya dengan mengetahui sebab keadaan ini ubat-ubatan boleh diberikan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.