
Sulit
4 tahun
Period yg sedikit dan sekejap
Saya 31. Biasanya period saya teratur. Tapi utk bulan lepas, period saya datang hanya dalam ‘tompok’ darah yg kecil dan sekejap. Simptom sebelum period, semua dah datang. Boleh saya tau kenapa jadi macam tu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu period yang datang hanya dalam ‘tompok’ darah atau spotting. Spotting merupakan gejala pendarahan sedikit . Ia boleh disebabkan oleh fisiologi normal atau masalah kesihatan. Untuk maklumat anda, spotting juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Bagaimanapun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang spotting ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!