
Sulit
4 tahun
Period yg terlalu lama
saya brumur 35thun …bln lps sy period da 17.3 sehigga skrg 19.4 msh trun darah adakah ianya normal ataupn ad maslah lain …skrg bln puasa sy agak runsing

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid berpanjangan, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Masalah kelenjar tiroid
- Masalah sistem pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah
- Aktiviti harian yang terlalu padat
- Tekanan emosi atau stres
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Untuk menjawab persoalan anda, haid berpanjangan adalah tidak normal dan memerlukan pemeriksaan lanjut. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Demam
- Terdapat perubahan pada kekerapan membuang najis
- Najis berdarah
- Pucat
- Lesu dan lemah badan
- Sukar bernafas
- Sakit dada
- Gejala mengganggu aktiviti harian dan tidur anda
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.