
Sulit
3 tahun
Perlu atau tidak test HIV?
saya wanita 20an. saya tidak pernah melakukan hubungan berkaitan alat sulit saya. akan tetapi pada 07/2020 seseorang telah memasukkan zakarnya ke dalam mulut saya. saya juga tidak pasti sama ada saya ada menelan air maninya atau tidak. setelah itu kami tidak lagi berhubungan. tetapi pada 06/2021 saya dimaklumkan olehnya bahawa dia positive hiv. itu hanya diketahuinya selepas penyakit eczema dia tidak sembuh dan dia seorang yang sering bertukar pasangan seks. dia mengetahui pada awal tahun 2021. persoalannya perlu atau tidak saya buat hiv test? saya tidak mempunyai sebarang simptom. akan tetapi saya mulai gusar apabila hujung bibir saya mulai kering 2 3 hari yang lepas sehingga hari ini. saya ada melakukan sedikit kajian (google) & ini menambahkan lagi kegusaran sayan. saya juga risau akan stigma masyarakat tentang hiv. jadi saya merasa malu dan gusar untuk ke klinik untuk bertanya lanjut. harap bantu saya terima kasih doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sekiranya seseorang tersebuh telah disah HIV positif, sebaiknya anda ambil ujian saringan HIV juga. Sebab walaupun anda hanya menjalani hubungan melalui mulut, jangkitan ini masih berupaya untuk disebarkan melalui sesetengah cecair badan, seperti darah dan air mani.
Jangan risau, pengambilan ujian saringan HIV seluruh Malaysia memerlukan persetujuan peminta serta doktor yang bertugas tidak akan mendedahkan identiti dan data peribadi peminta tersebut.
Biasanya jangkitan HIV tidak bergejala, ia ambil beberapa tahun untuk menurunkan sistem imuniti badan pesakit dan meningkatkan risiko dijangkit oleh penyakit lain serta bergejala. Oleh itu, sekiranya jangkitan ini dapat dikesankan seawal mungkin, perubatan HIV terkini dapat membantu mengawalkan penyakit ini, memberikan kesan yang sebaik mungkin.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.