
diana_manaf1011
5 tahun
Perlu buat ujian covid?
WANITA, 31 TAHUN.
Sabtu 21/3
- badan panas , 37c
- batuk (sgt jarang)
Ahad
-badan panas, 36.5c
- sakit2 badan
- batuk (sgt jarang)
Isnin
- badan panas, 36.0c
-batuk (sgt jarang)
Selasa
-badan panas 36.8c
-sakit kepala (skala sakit 8)
-cirit (2 kali)
- batuk (sgt jarang)
Rabu (hari ini)
- sakit kepala (skala sakit 3)
- badan panas, 36.0c
Doktor, saya dah buat Ujian Penilaian COVID 19, tp jawapan minimal dijangkiti.
jadi saya hanya perlu berjumpa doktor untuk ambil antiobiotik atau perlu untuk ujian COVID 19 ?
Terima Kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda tidak mengalami demam. Demam bermaksud suhu badan lebih daripada 37.5 darjah celcius. Oleh itu, anda boleh mengambil ubat sakit kepala dan teruskan memantau simptom anda. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini