
Sulit
4 tahun
Perlu ke makan postinor 2 dlm 1 mggu yg sama 2 kali?
Hai doktor,saya nak tanya…Saya ada melakukan hubungan dengan suami tanpa memakai perlindungan pd isnin lps Dan saya makan postinor pada tghari hari yg sama,…dan hari khamis mggu yg sama ada juga melakukan persetubuhan tanpa perlindungan,adakah saya perlu mengambil lagi postinor 2?Mohon bantu saya…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, pil perancang postinor 2 harus diambil pada setiap 12 jam dalam sehari (2 pil dalam 24 jam) untuk mendapatkan keberkesanan yang diinginkan. Sekiranya anda terlambat untuk mengambil pil perancang tersebut, anda boleh memakan ubat tersebut sebaik sahaja anda sedari mengenai kelewatan itu, dan mengambil pil seterusnya 12 jam selepas itu. Pil perancang postinor 2 harus diambil berterusan dalam jangka masa 72 jam . Jika tidak diambil lebih dari 72 jam, maka kesan ubat tersebut akan terhapus.
Postinor 2 ini merupakan sejenis pil perancang kecemasan yang boleh diambil sebelum 72 jam melakukan hubungan intim. Pengambilan lebih dari sekali dalam kitaran haid (bulan) yang sama adalah dibenarkan, namun ia akan menyebabkan kitaran haid anda mudah terganggu atau lebih tercederung untuk menjadi tidak teratur. Kami sarankan anda kurangkan dari segi penggunaan pil tersebut dan hanya gunakan sekiranya sebagai salah satu kecemasan.
Untuk menjawab soalan anda, anda tidak perlu mengambilnya sebanyak dua kali jika telah melakukan persetubuhan tanpa perlindungan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.