
Sulit
4 tahun
Perlu ke saya ambil postinor 2?
Doktor. Saya terlewat memulakan pil perancang selama seminggu selepas habis period. Dalam tempoh 7 hari saya bersama dengan memakai kondom. Selepas itu saya mula ambil pil perancang pada ahad lalu. Saya bersama seperti biasa tanpa menggunakan kondom. Saya ada terbaca jika terlambat memulakan pil perancang, perlu habiskan pil perancang selama 7pil sebelum bersama tanpa perlindungan (kondom). Tetapi saya baru pil ke -3 dan terus bersama tanpa kondom. Perlu ke saya ambil postinor 2 walaupun telah makan pil perancang sebelum bersama? Harap doktor dapat jelaskan. Maaf atas kesulitan. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Terima kasih atas soalan anda,
Berdasarkan penerangan anda, anda digalakkan untuk mengambil postinor-2 sebagai perlindungan tambahan. Untuk makluman pihak anda, ubat Postinor adalah pil perancang atau kontraseptif kecemasan yang diambil dalam masa 72 jam selepas melakukan hubungan seksual.
- Tablet pertama diambil sebaik sahaja selepas bersetubuh dan tidak lebih daripada 72 jam
- Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama.
- Jika anda muntah dalam masa 2 jam selepas mengambil salah satu tablet, anda harus kembali ke farmasi, doktor atau klinik kerana kemungkinan tablet tidak diserap dengan betul dan memerlukan tablet tambahan.
- Anda tidak boleh mengambilnya lebih dari satu kali dalam satu kitaran haid. Jika digunakan lebih daripada satu kali dalam kitaran haid, kitaran haid akan terganggu,
Walaupun ubat ini boleh didapati di farmasi, saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut tentang keperluan untuk mengambil ubat ini. Terima kasih.