Sulit
5 tahun
Perlu ke saya makan ubat darah tinggi?ini baru 25tahun
Waktu yang sesuai tok check tekanan darah tinggi tu bila?siapakah yang sesuai tok mengambil ubat darah tinggi.?sesuai ke umur 25tahun ambil ubat darah tinggi? Simptom saya bila pagi² dengan perut kosong saya agak stres/marah(dengan jiran) dan tiba2 susah nak bernafas.saya terpaksa baring sekejap relaxkan diri (dlm mod susah nafas + ketakutan) pastu akan sendawa.tidur saya ok cukup dan tiada pening. Disebabkan simptom mcm ni buatkan saya ketakutan.
5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan dan mengambil serius tentang masalah/gejala yang anda hadapi iaitu sesak nafas ataupun kesukaran bernafas. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai penjelasan, secara amnya, seperti:
- Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah:
- asma
- jangkitan paru-paru akut (pneumonia)
- jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
- Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah:
- kegagalan jantung
- serangan jantung
- kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
- Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah:
- kekurangan darah merah (anaemia)
- alahan
- resdung
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
- kegemukan.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya masalah ini berlarutan dan mengganggu aktiviti anda. Pemeriksaan menyuluruh diperlukan bagi memberikan penjelasan yang anda kehendaki.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.




































