
Sulit
4 tahun
Perlu ke saya mengambil ubat turun darah setelah mengambil postinor 2. Setelah seminggu pengambilan postinor 2 saya mengalami perut tidak selesa menyeri dan pinggang rasa sakit. Adakah itu tanda hamil?
Saya telah bersama pada 1/5 dan telah mengambil 2biji sekaligus pil postinor 2 selepas bersama.pada ketika itu saya dalam keadaan subur.saya risau saya hamil.setelah seminggu ambil ubat saya rasa perut menyucuk/menyeri dan pinggang sakit.perlukah saya mengambil ubat turun darah sedangkan saya sudah mengambil postinor 2?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Langkah paling selamat adalah untuk mengambil pil perancang kecemasan untuk mengelakkan kehamilan. Untuk makluman anda, pil perancang kecemasan ini harus diambil pada setiap 12 jam dalam sehari (2 pil dalam 24 jam) untuk mendapatkan keberkesanan yang diinginkan. Sekiranya anda terlambat untuk mengambil pil perancang tersebut, anda boleh memakan ubat tersebut sebaik sahaja anda sedari mengenai kelewatan itu, dan mengambil pil seterusnya 12 jam selepas itu. Pil perancang kecemasan harus diambil berterusan dalam jangka masa 72 jam . Jika tidak diambil lebih dari 72 jam, maka kesan ubat tersebut akan terhapus. Jika anda telah mengambil pil perancang pada masa yang ditetapkan, risiko untuk hamil adalah rendah.
Pil perancang kecemasan ini boleh diambil sebelum 72 jam melakukan hubungan intim. Pengambilan lebih dari sekali dalam kitaran haid (bulan) yang sama adalah dibenarkan, namun ia akan menyebabkan kitaran haid anda mudah terganggu atau lebih tercederung untuk menjadi tidak teratur. Kami sarankan anda kurangkan dari segi penggunaan pil tersebut dan hanya gunakan sekiranya sebagai salah satu kecemasan.
Masalah sakit perut yang anda alami boleh berlaku disebabkan kesan sampingan pil perancang kecemasan. Berikut adalah antara kesan sampingan pil perancang kecemasan:
- Haid tidak teratur
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan faraj
- Tindak balas kulit
- Pendarahan
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.