Promosi eFarmasi Terkini Konsultasi bersama Pakar
Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Perlu ke saya minum ubat Emergency Contraception

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 8, 2021 10:59 AM
Sulit 2 bulan

saya wanita 28 tahun.saya telah bersama dengan suami pada hari saya datang haid.2 hari dan suami pancut dalam.

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Untuk makluman anda, secara umum, kitaran haid yang normal dan biasa ialah setiap 28 - 30 hari. Hari pertama datang haid dikira sebagai hari pertama. Sekiranya haid seterusnya datang pada hari ke-28, maka seorang wanita mempunyai kitaran haid biasa setiap 28 hari.

  • Waktu subur wanita dengan kitaran haid 28 hari ialah hari ke-13 hingga hari ke-15 dari hari pertama anda datang haid.
  • Contohnya, jika seorang wanita datang haid pada 1 Januari, maka waktu subur wanita tersebut adalah 13 Januari hingga 15 Januari.

Manakala, bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, cara menghitungnya adalah sedikit berbeza. Anda boleh rujuk di sini.

Di samping itu, ketahanan sperma setiap lelaki adalah berbeza. Biarpun anda melakukan hubungan seks di luar masa subur, sperma masih boleh bertahan beberapa hari di dalam badan wanita sehingga tiba saatnya waktu subur.

Secara umum, sperma boleh hidup di dalam badan wanita selama 5 hari. Jadi, jika anda ingin menggunakan kaedah menghitung untuk mencegah kehamilan, carilah masa yang lebih “selamat,” misalnya 5 hari sebelum dan selepas waktu subur wanita.

Langkah paling selamat adalah untuk mengambil pil perancang kecemasan untuk mengelakkan kehamilan. Untuk makluman anda, pil perancang kecemasan ini harus diambil pada setiap 12 jam dalam sehari (2 pil dalam 24 jam) untuk mendapatkan keberkesanan yang diinginkan. Sekiranya anda terlambat untuk mengambil pil perancang tersebut, anda boleh memakan ubat tersebut sebaik sahaja anda sedari mengenai kelewatan itu, dan mengambil pil seterusnya 12 jam selepas itu. Pil perancang kecemasan harus diambil berterusan dalam jangka masa 72 jam . Jika tidak diambil lebih dari 72 jam, maka kesan ubat tersebut akan terhapus.

Pil perancang kecemasan ini boleh diambil sebelum 72 jam melakukan hubungan intim. Pengambilan lebih dari sekali dalam kitaran haid (bulan) yang sama adalah dibenarkan, namun ia akan menyebabkan kitaran haid anda mudah terganggu atau lebih tercederung untuk menjadi tidak teratur. Kami sarankan anda kurangkan dari segi penggunaan pil tersebut dan hanya gunakan sekiranya sebagai salah satu kecemasan.

Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Perancangan keluarga penting untuk kesejahteraan rumah tangga. Khidmat nasihat pakar, dapat membantu anda !

AdobeStock_228148450

Dikemaskini pada: Sat May 08 2021 10:59:34 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang pil perancang kecemasan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19

Soalan Teratas



Kategori


Alahan (25) Anemia (52) Asid Refluks (28) Asthma (16) Badan Gemuk (32) Batuk (262) Benjolan Di Kulit (381) Bisul (70) Buasir (229) Cara Berhenti Merokok (41) Chlamydia (10) Cirit Birit (80) Darah Nifas (17) Darah Tinggi (165) Dehidrasi (2) Demam (622) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (43) Derma Darah (21) Ejakulasi Pramatang (192) Ekzema (15) ENT (1072) Fibroid (29) Gallstone (3) Gastrik (58) Gigi & Gusi (525) Gonorea (67) Haid Berlebihan (178) Haid Berpanjangan (858) Haid Lewat (1953) Haid Sakit (227) Haid Tidak Teratur (2375) Hematologi (18) Hepatitis A (3) Hepatitis B (50) Hepatitis C (12) Herpes (80) Hipoglisemia (1) Hipotensi (22) HIV (353) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (2) HPV (43) Insomnia (95) Jangkitan Coronavirus (3079) Jerawat (187) Kahak (106) Kandidiasis (7) Kebas (278) Keguguran (149) Kehamilan (2165) Kencing Manis (227) Keputihan (757) Keputusan Siasatan (72) Keracunan Makanan (16) Kesihatan Am (4736) Kesihatan Am Wanita (628) Kesihatan Kanak-Kanak (1039) Kesihatan Kulit (43) Kesihatan Lelaki (76) Kesihatan Rambut (117) Kesihatan Seksual (2437) Ketinggian (18) Ketuat (65) Kolesterol Tinggi (68) Kulat di Faraj (141) Kurang Berat Badan (87) Kurang Selera Makan (56) Kurap (46) Kutu (7) Lebam (6) Makanan Tambahan (96) Masalah Buah Pinggang (64) Masalah Kencing (1020) Masalah kesuburan (14) Masalah Peluh (72) Masalah Penglihatan (21) Masalah Psikiatri (771) Masalah saraf (9) Masalah Tangan Dan Kaki (532) Masalah Tidur (104) Mati Pucuk (353) Migrain (52) Mual & Muntah (152) Mulut Berbau (18) Najis Abnormal (285) Najis Berdarah (164) Pedih Ulu Hati (89) Pelindung muka (3) Pencegahan Koronavirus (60) Pendarahan Coklat (176) Pendarahan Spotting (228) Penerangan Penyakit (135) Pening Kepala (161) Penuaan (6) Penyakit Jantung (240) Penyakit Kelamin (1131) Penyakit Kulit (1772) Perancangan Keluarga (1174) Pil Perancang Kecemasan (583) Pitam (87) Prosedur Perubatan (194) Psoriasis (17) Sakit Badan (655) Sakit Belakang (163) Sakit Dada (1073) Sakit Kepala (1350) Sakit Lutut (195) Sakit Mata (349) Sakit Mulut (94) Sakit Otot (53) Sakit Payudara (440) Sakit Perut (1659) Sakit Pinggang (210) Sakit Tekak (629) Sakit Telinga (89) Sakit Tulang (128) Sakit Tumit (77) Selsema (44) Selsema burung (5) Sembelit (117) Sendawa (45) Sesak Nafas (819) Sifilis (112) Sinusitis (36) Strok (42) Tidak Datang Haid (192) Tidur Berdengkur (8) Tiroid (181) Tonsil (85) Trauma (13) Ubat-Ubatan (607) Ujian Kehamilan (621) Ulser mulut (28) URTI (107) Vaksin COVID-19 (338) Vitamin dan Nutrisi (104) Wabak bubonic (4)