
Sulit
5 tahun
Perlu Self quarantine?
Perlu ke saya quarantine diri&family jika ayah saya diarahkan quarantine kerana ada contact dengan suspected covid yang sedang menunggu result covid.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai wabak COVID19 yang berleluasa ini. Memandangkan anda antara yang berhubung rapat dengan suspek COVID19 iaitu ayah anda, anda disarankan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori
Secara am, kuarantin adalah bagi sesiapa yang memiliki gejala dan berhubung rapat dengan pesakit COVID. Jika anda tidak mempunyai sebarang gejala anda boleh melakukan aktiviti seharian seperti biasa namun anda harus memantau sebarang gejala yang berkaitan dengan COVID19.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini