
jamhuri_86
4 tahun
Perlukah berhenti makan ubat harian sekiranya demam?
Salam Sejahtera doktor, Saya nak Tanya bagi pihak bapa mertua Saya, beliau baru lepas pembedahan tulang belakang sebulan yang lepas. Sekiranya beliau demam, adakah ubat2 yang diberikan perlu makan seperti biasa atau berhenti seketika Dan tunggu sehingga demam pulih?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun tanpa maklumat lengkap tentang ubat yang bapa mertua anda terima sukar untuk saya memberikan kesimpulan dalam hal ini. Secara amnya, ubat yang diberikan perlu diteruskan mengikut nasihat yang diberikan doktor bapa mertua kecuali jika ubat tersebut menyebabkan kesan sampingan seperti demam.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!