
Sulit
4 tahun
Perlukah buat covid19 test
Saya mengalami sesak nafas dan sakit jantung ringan, batuk dan sakit sendi, tapi tiada seleselma, perlukah membuat covid19 test? Ada apa cara untuk mengatasinya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang gejala sesak nafas, sakit jantung atau dada dan sakit sendi.
Untuk makluman anda, gejala-gejala sebegini bukan sahaja disebabkan oleh COVID19, terdapat banyak lagi penyakit lain yang boleh menyebabkan gejala ini berlaku seperti:
- Jangkitan kuman pada paru paru
- Serangan jantung
- Keradangan saluran bronchus (bronchitis)
- Serangan asthma
- Anemia
Gejala sesak nafas dan sakit jantung adalah kombinasi yang bahaya dan mungkin membawa komplikasi yang teruk jika tidak dirawat dengan awal. Saya mengesyorkan anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Tentang COVID19, saya fahami kerisauan anda tambahan negara sedang dilanda wabak ini sekali lagi, tetapi anda haru fahami bahawa bukan semua gejala sesak nafas dan sakit dada adalah COVID19 dan bukan semua orang memerlukan ujian. Sekiranya anda mempunyai kontak rapat yang disahkan positif, berada di kawasan zon merah atau anda mempunyai gejala COVID19, sila berhubung dengan pihak berwajib untuk lakukan ujian atau tindakan susulan. Sekiranya anda tidak berisiko dan tiada kontak rapat, anda boleh memikirkan kondisi lain selain COVID19.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk makluman anda, menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Sesak nafas
- Sakit badan
Selain itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.