
Sulit
5 tahun
Perlukah makan lagi Pil postinor
Perlukah sy ambil pil postinor lagi atau tidak sekiranya… Contoh semalam sy bru ambil 2 bji postinor… Kemudian pagi ini telah berhubungan intim skali lagi tanpa pelindungan.perlu atau tidak sy mengambil pil postinor lagi? Brapa lama pil postinor berkesan utk brapa lama. Terima kasih doctor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan pil postinor 2 adalah sebaiknya digunakan untuk sekali dalam 1 kitaran haid. Anda boleh mengambilnya sekali lagi, namun jika digunakan lebih dari sekali dalam kitaran haid, maka ia boleh memberikan kesan jangka masa panjang kepada anda. Pengambilan pil postinor pada hari sebelumnya boleh melindungi dalam 24-36 jam. Namun jangka hayat sperma pula boleh menjangkau 3-5 hari jika berada dalam rahim dan kemungkinan hamil itu masih ada. Anda dinasihatkan untuk menggunakan kaedah perancangan yang berpanjangan dan efektif jika tidak mahu hamil. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.