
Sulit
5 tahun
Perlukah mengambil postinor jika tidak subur?
Sy wanita berumur 26tahun…sy telah melakukan hubungan uprotected sex.Pada keesokan hari,sblm sy mengambil postinor 2, sy telah membuat ujian kesuburan dan keputusan negatif. Soalan sy,perlukan lagi sy mengambil postinor 2 dalam keadaan sy tidak subur?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, walaupun ujian kesuburan menunjukkan anda bukan dalam waktu subur, sperma boleh hidup dalam tempoh 3-5 hari di dalam rahim anda dan kehamilan masih boleh berlaku jika anda subur atau berlaku ovulasi pada hari-hari berikutnya.
Pil postinor hanya akan efektif jika diambil dalam tempoh 72 jam selepas hubungan seksual.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.