
Anonymous
2 tahun
Perlukah org dewasa mengambil ubat cacing?
adakan perlu seorang dewasa mengambil ubat cacing? apakah tanda yang menunjukan sesorang tu perlu mengambil ubat cacing? apakah perlu berjumpa dengan doctor? adakah seseorang itu boleh ambk ubat cacing jika tiada tanda masalah kecacingan?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Antara tanda-tanda sesorang itu dijangkiti cacing adalah-
- loya
- kekurangan selera makan
- Cirit-birit
- sakit perut
- pengurangan berat
- kelemahan umum
Di samping itu, cacing pita boleh menyebabkan:
- ketulan atau benjolan
- tindak balas alahan
- jangkitan bakteria
- Demam
- masalah neurologi seperti sawan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.