
saufi_opie93
6 tahun
Perlukah saya ambil inhaler
Saya lelaki berumur 26thn. Kebelakangan ini saya sukar bernafas. kiranya nak bernafas kena mcm tarik sikit…lepastu loya dengan selalu ada kahak. dada pun rasa sakit2 mcm ketat sikit.
Tapi saya ade bersukan 2 minggu sekali . Kadang2 saya ok kadang2 rase sangat penat.
Kadang2 berjalan pun dah rase sikit letih…dan saya seorang smoker tapi tak ketagih…

6 tahun
Terima kasih atas soalan, encik. Saya berharap saya akan dapat menjawab semua soalan encik.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan kesukaran bernafas, antaranya adalah:
- Anemia:
Anemia adalah keadaan di mana darah anda tidak mempunyai haemoglobin yang mencukupi.
2)Penyakit asma:
Seperti yang dinyatakan, asma boleh terjadi kepada kanak-kanak dan dewasa. Antara gejala asma adalah sesak nafas, batuk, dada rasa ketat.
3)COPD:
“Chronic obstructive pulmonary disease” atau penyakit sekatan pernafasan kronik merupakan penyakit jangka panjang yang terjadi oleh kerana radang dalam tisu paru-paru yang membawa kerosakan.
- Penyakit Tibi
Oleh sebab Encik mempunyai tabiat merokok, anda telah pun mempunyai faktor faktor risiko yang boleh menyumbang kepada penyakit penyakit yang dinyatakan.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.